“Jika Anda Pandai Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Melayu, Saya Akan Tunjukkan Anda Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Menulis Buku Anda Sendiri! Buku Pertama Anda Dalam Masa Kurang Daripada 90 Hari!”
Walaupun Anda Tidak Pernah Menulis Karangan Lebih 5 Muka Surat
Apakah yang menyebabkan seseorang individu dengan hanya menggunakan idea dan tinta boleh mendapat pendapatan lima angka? Bagaimana jika ada satu formula bagi membolehkan Anda mendapat pendapatan yang sama?
Di sini kita ingin ceritakan satu pelaburan menarik. Pelaburan kepada apa yang sudah terbina dalam diri kita. Memperoleh pendapatan 5 angka dengan tiada pelaburan dalam bentuk wang satu sen pun. Ini sudah terbukti dan dibuktikan.
Tidak percaya?
Dr. Danial Zainal Abidin memperoleh pendapatan royalti RM8X,XXX setahun (2008), YM Dr. Tengku Asmadi, RM2X,XXX setahun (2008), Tuan Ramlee Awang Murshid, lebih RM5XX,XXX dalam masa 8 tahun dan Tuan Haji Ahmad Fadzli RM 3X,XXX setahun (2007) tanpa satu sen pun pelaburan dalam bentuk wang.
Anda inginkan maklumat yang memberikan pulangan sepanjang hayat? Mengubah hidup Anda dan keluarga kepada yang lebih baik di masa hadapan. Ia berterusan selagi hayat dikandung badan ditambah 50 tahun selepas mati.
Kami cabar Anda membuktikan semua ini tidak benar selepas membaca artikel ini. Berikan hanya 5 minit sahaja, kami akan dedahkan kepada Anda mengenainya.
Sertai Bengkel PENULIS SUPER ini, Anda pasti bersyukur dapat menyertainya-En. Billy Lim “Saya mendapat tahu bahawa Saudara Fauzul Na’im Ishak ingin menganjurkan sebuah bengkel penulisan yang beliau namakan sebagai Bengkel Penulis Super : Langkah Pertama Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller. Saya berkeyakinan penuh bahawa seminar ini menjadi tempat terbaik belajar mengenai bidang penulisan dan penerbitan buku. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menulis dan hendak tahu bagaimana untuk menjana wang melalui penulisan. Apabila Anda menyertai seminar ini, Anda menjimatkan banyak masa Anda, kurangkan kekecewaan Anda. Melalui seminar ini Anda akan belajar bagaimana menjadi penulis mengikut jalan yang betul. Segala onak duri sudah ditebas dan jalan terbentang luas. Kesemua ini disampaikan dalam satu program. Anda bukan sahaja mendapat ilmu tetapi boleh bertanya dan mengenal dengan lebih dekat individu yang sudah berkecimpung lama dalam bidang ini. Saya amat menggalakkan kepada semua yang berminat untuk jadi penulis untuk menyertai bengkel ini. Jangan Anda berfikir bahawa program ini mahal ataupun sebagainya. Ini kerana lebih mahal jika tidak tahu bagaimana caranya. Apabila Anda tahu caranya, wang pun akan datang kepada Anda. Sertai Bengkel PENULIS SUPER ini, Anda pasti bersyukur dapat menyertainya.” ~ En. Billy Lim

Pengarang dan penerbit buku bestseller, Dare To Fail.
Buku versi bahasa Melayu, Berani Gagal sudah terjual melebihi 200 ribu naskhah (dia sendiri tidak ingat berapa naskhah terjual sebab terlampau banyak kali diulang cetak). Penulis buku yang sudah menjadi jutawan dan karyanya diterjemahkan ke dalam 16 bahasa seluruh dunia.
Adakah Anda Mempunyai Kerjaya Seperti Di Bawah?
Seorang pensyarah, jurulatih atau pengajar di institusi pengajian tinggi awam, swasta, kolej komuniti, Program Latihan Khidmat Negara, institut perguruan, politeknik ataupun mana-mana institusi pendidikan Malaysia
Seorang pegawai kerajaan yang mempunyai pelbagai maklumat mengenai polisi kerajaan, selalu membuat pemantauan dan penyeliaan serta mempunyai banyak maklumat.
Berminat untuk berkongsikan pengalaman bertahun-tahun dengan orang lain
Seorang perunding latihan dan motivasi atau motivator yang sering menyampaikan input positif dalam program, seminar, ceramah atau bengkel.
Seorang guru berpengalaman bertahun-tahun mengajar dalam kelas dan mempunyai ilmu berguna untuk semua
Seorang pesara yang mempunyai pelbagai ilmu hasil kerjaya bertahun-tahun dalam pelbagai sektor dan ingin untuk berkongsi dengan orang lain
Seorang mahasiswa atau bakal mahasiswa mengikuti kursus sarjana muda, sarjana atau sudah di tahap doktor falsafah yang ingin mengetahui bagaimana kaedah menulis tesis mudah dan boleh mengubahnya ke dalam bentuk bahan yang diterbitkan
Penulis, bakal penulis, penerbit, bakal penerbit dan editor yang ingin mengetahui maklumat terbaru dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia
Seorang ahli masyarakat yang berminat hendak mencari dan membuka satu lagi ruang pendapatan lumayan
Lain-lain
Anda berada dalam mana-mana kategori di atas? Sama ada ya ataupun tidak! Anda sebenarnya sudah berada di tempat yang betul. Kita akan jelajahi satu dimensi baru penjanaan wang. Tanpa wang, tanpa pelaburan berisiko tinggi. Semuanya hanya menggunakan apa yang ada pada diri. Minda dan tulisan.
18 Jun 2010 Dari Meja Fauzul Na’im Ishak, Para sahabat penulis dan bakal penulis, Selamat menempuh tahun baru. Tahun 2010 yang dikatakan penuh cabaran. Saya mendapat maklumat yang mengatakan bahawa tahun 2010 ini adalah tahun yang mungkin keadaan ekonominya lebih teruk ataupun lebih bagus. Namun dalam apa keadaan sekalipun saya yakin dan percaya Anda semua tetap mencari ruang untuk menambahkan pendapatan Anda. Di sini saya ingin bongkarkan satu kaedah menjana pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah suatu jenis pendapatan yang kita buat kerja sedikit tetapi pendapatannya amat lumayan. Saya berada dalam industri buku ini sudah masuk tahun ke sepuluh. Suatu tempoh yang penuh berilmu dan berhikmah. Pengalaman daripada menjadi seorang insan jahil mengenai dunia penerbitan, bekas mahasiswa dalam bidang kejuruteraan, dikatakan gila terjun ke dalam dunia penerbitan buku bersama dengan Kumpulan PTS. Gila kerana pada pandangan mata orang awam, buku adalah dunia yang dikatakan murung, kurang menarik, penuh falsafah dan tidak ‘seksi’. Tidak mungkin ada emas ataupun mutiara yang dapat dikutip atau dibongkar dalam dunia ini. Satu kenyataan orang yang hanya melihat dunia penerbitan dan penulisan sebagai hanya satu dunia penuh kebosanan. 10 tahun menjelajah dunia penuh ilmu ini, membuat perolehan manuskrip untuk diterbitkan, melakukan gerak kerja jualan di bahagian tengah dan utara Semenanjung Malaysia, mengendalikan bengkel kepada lebih daripada 1,000 orang penulis. Suatu yang ajaib berlaku. Dalam penjelajahan ini sedikit demi sedikit tersingkap dan terbongkar kilauan emas penuh bercahaya. Dunia yang kelam dan gelap menjadi semakin cerah dengan kilauannya. Proses interaksi antara saya dengan para penulis seluruh semenanjung Malaysia memberikan gambaran sebenar bahawa sebenarnya tanggapan orang terhadap dunia penulisan ini adalah singkat dan cetek. Sebenarnya salah tanggap ini kerana kurangnya pendidikan yang saya panggil PENGETAHUAN KEPENGARANGAN. Kita di PTS pada tahun pertama menghadapi masalah buku-buku yang diterbitkan mempunyai kadar pulangan kedai buku yang cukup tinggi. Kebanyakan buku yang dihantar ke kedai-kedai buku untuk dijual, dipulangkan semula dengan kadar yang banyak selepas beberapa bulan. Pada mulanya ia dilihat biasa kerana maklum balas orang industri ini mengatakan ia adalah praktis biasa industri. Keadaan ini sering berlaku daripada hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Hutang di pencetak jangan cakaplah, orang yang berhutang dengan PTS pun banyak hinggakan ada yang dilupuskan kerana dianggap hutang lapuk (bad debt). Apabila perkara ini berlaku, saya sebagai pengurus penerbitan pada ketika itu diminta mencari formula yang dapat mengurangkan hal ini. Daripada penjelajahan bertahun ini, saya mula membangunkan apa yang saya sebut sebagai FORMULA PENULIS SUPER bagi mengurangkan masalah pulangan dari kedai. Daripada jualan buku satu judul 3,000 naskhah dalam masa 2 tahun habis dijual, menjadi 3,000 naskhah dalam masa setahun. Akhirnya sekarang buku-buku PTS terutamanya di bawah syarikat tadbiran saya dahulu PTS Millennia Sdn. Bhd. sudah ada yang 3,000 naskhah terjual dalam masa tiga hari sahaja. Sekarang rekod terbesar jualan buku Kumpulan PTS adalah 25,000 naskhah dalam masa 7 bulan. Batu yang dulu disangka penuh kotor, rupanya ia adalah emas tidak ternilai harganya. Kilauan emas ini dapat dilihat jelas dengan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh syarikat kumpulan PTS yang mana saya Pengurus Besar Penerbitannya. Dari jualan hanya sekitar RM20 ribu hingga berjaya mencecah jutaan ringgit sekarang. Daripada hanya menyewa sekarang sudah mampu membeli bangunan berharga RM4.2 juta. PTS juga dikenali sebagai antara penerbit paling agresif dan pengeluar judul-judul buku paling berjaya dalam kategori masing-masing. Para penulisnya berjaya memperoleh pulangan dalam bentuk royalti berpuluh ribu ringgit setiap tahun dan berdasarkan jualan pada tahun kewangan lepas (2009) jumlah royalti keseluruhan yang dikeluarkan dalam tahun 2010 adalah melebihi RM1.8 juta. Apa yang lebih menarik adalah saya boleh katakan sekarang pendapatan seorang pengarang adalah lebih baik berbanding dengan seorang penyanyi. TIDAK PERCAYA? Berdasarkan laporan pasaran album semasa, seorang artis nyanyian amat sukar untuk memperoleh jualan album melebihi 10,000 keping berbanding dahulu. Namun begitu, dunia buku 10,000 naskhah jualan bukanlah suatu perkara yang sukar. Mahu tahu bagaimana menghasilkan karya sebegitu? Teruskan pembacaan.
Jurulatih Utama Akademi Penulis merangkap Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS
Hasil penjelajahan bertahun-tahun ini yang ingin saya kongsi bersama semua orang. Membongkar apakah sebenarnya FORMULA PENULIS SUPER. Formula yang berjaya menghasilkan karya luar biasa jualannya. Sesuatu tersimpan rapat dan hanya dapat dibongkar dengan mengalaminya sendiri.
Di sini Anda akan didedahkan mengenai beberapa perkara sepanjang membaca artikel ini:
- Adakah menulis perlukan bakat?
- Dari mana datang idea?
- Bagaimana orang mencuri idea orang lain.
- Adakah orang Malaysia tidak membaca buku?
- Adakah benar semua penerbit menipu?
- Bagaimana membuat transformasi Idea kepada penulisan dan seterusnya ke global?
Setiap satu perkara yang berlaku di dalam dunia pasti ada sains di sebalik kejadiannya. Begitu juga sains penulisan atau ilmu kepengarangan. Tentu ada sebab mengapa sesebuah karya itu mampu dijual dengan baik berbanding dengan tidak.
Pengalaman melihat karya-karya yang berkualiti tinggi diterbitkan dalam pasaran. Akan tetapi akhirnya dilelong dalam jualan murah. Ia satu pengalaman yang menyedihkan lagi menyesakkan jiwa. Apakah memang begini orang Malaysia? Tidak menghargai bahan berkualiti?
Namun begitu Alhamdulillah, sepanjang menguruskan Kumpulan PTS. hasil aplikasi FORMULA PENULIS SUPER ini. Buku-buku terbitan kami ada yang sudah mencecah jualan luar biasa.
Satu judul 25,000 naskhah dalam masa 7 bulan. Ada mencecah jualan 15,000 naskhah setiap tahun daripada mula diterbitkan hingga sekarang, karya yang sudah dikira evergreen. Penulis yang dahulunya tidak percaya dengan dunia penulisan. Sekarang sudah berubah dan jadi berbeza. Mereka sudah tersenyum lebar apabila cek (royalti) berada di dalam tangan mereka.
Anda mahu jadi begitu?
Kita boleh sebut beberapa individu pengarang di Kumpulan PTS yang mana buku mereka pernah berada dalam top 10 di MPH Bookstores, Malaysia antaranya Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof (55 Petua Orang Berjaya), Dr. Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik dan 7 Formula Individu Cemerlang), Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Motivasi Alihan Pelajar), Abdul Latip Talib (novel sejarah Islam) dan menariknya karya sastera Zaid Akhtar (Salju Sakinah). Bukan sahaja itu ada yang pernah menduduki senarai buku terlaris di Indonesia. Mereka ini mengaplikasikan FORMULA PENULIS SUPER ini dengan baik.
Inilah yang ingin saya kongsi bersama Anda. Peluang hanya diperoleh orang yang ingin bertindak. Bukan mereka yang menunggu. Caranya mudah sahaja.
Sambil Anda berada di tempat duduk, membaca artikel ini. Anda dibawa menjelajah setiap isi penting dalam formula tersebut. Baca keseluruhan artikel ini. Jangan melangkau walau satu perkataan. Saya tidak mahu Anda terlepas ilmu-ilmu penting yang tersembunyi di dalamnya.
Saudara Fauzul adalah THE RIGHT PERSON untuk bercakap mengenai penerbitan dan penulisan buku – YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad “Saya kali pertama menemui Saudara Fauzul Na’im Ishak apabila hendak menulis dan menerbitkan buku tulisan saya. Ramai penerbit yang datang bertemu dengan saya sebelum dan selepas beliau. Kesemuanya ingin meminta buku tulisan Dr. Tengku Asmadi. Salah satu sebab mengapa saya serahkan buku tulisan saya kepada PTS adalah kerana PTS ada beliau. Ini kerana saya menemui keikhlasan dalam perjuangan beliau untuk dunia penulisan dan penerbitan buku. Apa yang disampaikan kepada saya pada ketika itu, duit bukanlah sebab utama beliau menerbitkan buku. Duit itu adalah perkara yang sementara sifatnya. Beliau adalah orang perjuangan, dan orang berjuang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang mempunyai perjuangan adalah orang yang boleh pergi jauh ke hadapan. Orang tanpa perjuangan adalah orang yang tidak ada komitmen. Semua yang dilakukan adalah secara Ad-Hoc. Orang berjuang mempunyai passion (penghayatan dan keghairahan), kesabaran dan tidak mudah mengalah. Ini adalah sifat-sifat yang ada pada beliau. Pada saya, apabila ingin mencari rakan kerjasama ia mesti ada perjuangan. Kesungguhan dan kerja keras beliau menjadikan PTS sampai ke tahap sekarang ini. Seminar Jana Wang Dengan Menulis adalah satu seminar yang cukup baru. Tidak ramai yang berkemampuan menyampaikannya secara menyeluruh. Apabila ia disampaikan oleh seseorang yang berada 10 tahun dalam bidang ini sepertimana Saudara Fauzul. Beliau bukan sahaja berpengalaman sebagai penulis, sebagai editor, terlibat sebagai penerbit, eksekutif promosi dan pemasaran. saya rasa belum ada orang yang sebegitu dalam bidang penerbitan dan penulisan ini. Mungkin ada yang boleh bercakap mengenai aspek teknikal sahaja tetapi tidak pada bahagian lain. Pada pandangan peribadi saya, Saudara Fauzul adalah the right person (tepat) untuk bercakap mengenai penerbitan dan penulisan dari pelbagai aspek serta menyeluruh. Ilmu yang disampaikan di dalam seminar ini menjimatkan masa semua orang. Ini disebabkan pengalaman selama 8 tahun itu dicurahkan dalam satu seminar Bengkel Penulis Super adalah tempatnya. Saya sarankan semua orang di Malaysia mengambil peluang ini. Jangan lepaskan peluang!” ~ YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Pakar motivasi Malaysia yang terkenal dengan program Motivasi Alihan Pelajar
Buku karangan beliau, Motivasi Alihan Pelajar terjual melebihi 15,000 naskhah dalam setahun (2007) dan royalti melebihi RM 2X,XXX (2007). Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2009 melalui bukunya Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
Bolehkah Saya Menulis?
“Saya rasa saya tidak pandai menulis…..”
“Saya rasa saya tidak ada bakat….”
“Saya rasa orang lain lebih hebat..”
“Saya rasa tulisan saya tidak bagus..”
“Saya takut nanti apa kata orang lain mengenai tulisan saya”
“Saya takut karya tulisan saya ditolak oleh penerbit”
Ayat-ayat biasa pembunuh semangat. Ini yang selalu muncul di minda apabila terbaca kata kunci “MENULIS”. Apabila sebut mengenai menulis, terus terlihat
Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said
Sasterawan Negara Dato’ Osman Awang
Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad
Sasterawan Negara S Othman Kelantan
Siapa kata Anda perlu jadi seperti mereka ini? Bukan itu yang ingin kita ceritakan di sini. Kita tidak nafikan mereka ini mempunyai kecerdasan berbahasa yang luar biasa. Namun begitu tidak perlu ada kecerdasan itu untuk menjadi seorang penulis.
Tuan Fauzul banyak membantu saya mengubahsuai karya saya dan hasilnya buku-buku tersebut menjadi bestseller sekarang-Dr. Danial Zainal Abidin Saya bersyukur dapat mengenali Saudara Fauzul sejak 8 tahun lepas. Melalui beliaulah saya mengenali dunia penulisan dan penerbitan buku komersial terutamanya selepas saya menjadi penulis di bawah syarikat penerbitan PTS. Selama saya mengenali beliau, beliau adalah seorang yang gigih, tekun dan seorang pejuang. Itu jugalah yang menyebabkan saya boleh dekat dan rapat dengan beliau. Apabila kita mengenal seseorang gigih dan tekun tetapi tiada perjuangan, ia adalah persahabatan duniawi. Ini berbeza apabila kita bertemu dengan seorang pejuang, gigih, tekun dan tambahan pula berjuang untuk agama. Ia persahabatan yang jauh. Pengalaman Saudara Fauzul dalam bidang penulisan dan penerbitan banyak membantu saya bagi menulis dan menghasilkan buku-buku bestseller.. Beliau sering memberikan pandangan dan idea membina. Ini membantu saya mengubahsuai karya saya dan hasilnya buku-buku tersebut menjadi bestseller sekarang. Saya banyak terhutang budi kerana itu, dan mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya. Saya amat berharap selepas ini beliau dapat melatih lebih banyak penulis baru agar mereka menjadi insan yang berkualiti tinggi peribadinya dan begitu juga penulisannya. Sekarang, beliau menyahut cabaran itu dengan menganjurkan Bengkel Penulis Super ini. Saya amat menggalakkan semua orang untuk turut serta dalam program yang cukup berharga ini. ~ Dr. Danial Zainal Abidin

Pakar perubatan, pakar motivasi dan perunding dalam bidang Al-Quran dan Sains. Sering muncul di rancangan Al-Kulliyah, TV9
Pengarang buku bestseller, Quran Saintifik, Tip-tip Cemerlang daripada Quran dan 7 Formula Individu Cemerlang. Penerima royalti buku terbesar di Kumpulan PTS bagi tahun 2009
Kita lihat beberapa individu penulis bestseller di bawah dan latar belakang mereka. Karya tulisan mereka sudah menjadi bestseller. Pendapatan dari penulisan mereka cukup lumayan.
| Pengarang Bestseller | Kerjaya / Pendidikan | Bidang Penulisan |
| Dr. Danial Zainal Abidin | Doktor Perubatan | Quran & Sains |
| Billy Lim | Ahli Pemasaran | Motivasi Kegagalan |
| Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad | Kejuruteraan | Motivasi Pelajar |
| Azizi Ali | Juruterbang | Kewangan Peribadi |
| Ahmad Fadzli Yusof | Undang-undang | NLP/ Motivasi Kejayaan |
Adakah mereka ini ada bakat bahasa? Adakah mereka ini menulis dalam bidang pendidikan mereka? Realitinya tidak. Tidak perlu ada kecerdasan berbahasa untuk berjaya dalam penulisan.
Cuba kita bayangkan satu situasi.
Satu ketika dahulu, pada waktu kita kecil. Kita belajar menunggang basikal. Pada kali pertama kita menunggang basikal beroda tiga.
kemudian ia diubah kepada beroda empat (dua roda ditambah dengan dua roda di tepi). Selepas itu diubah lagi dengan membuang satu di sebelah hinggalah boleh berkayuh dengan dua roda.
Malah sekarang apabila dilihat, ada anak-anak yang pandai berkayuh hanya satu roda sahaja (dia angkat roda depan dan guna roda belakang sahaja ala-ala mat rempit).
Dalam proses tersebut ada waktunya kita terjatuh dan sebagainya. Adakah kita perlukan bakat dalam menunggang motosikal? Jawapannya ya. Adakah bakat boleh dilatih? Jawapannya juga ya.
Saya yakin dan percaya, bahawa setiap manusia itu penuh dengan bakat. Ia memang sudah tertanam dalam diri masing-masing sejak zaman kejadian awal manusia. Semua orang mempunyai kuantiti bakat yang sama. Cuma bezanya, manakah bakat yang dipupuk dan mana yang tidak.
Persoalannya di sini, bagaimana hendak mengeluarkan bakat terpendam itu? kita hendak keluarkannya ataupun tidak? Mahu berubah ataupun tidak? Mahukan kejayaan ataupun tidak? Mahu bertindak ataupun tindak?
Saya yakin Anda adalah orang yang berani bertindak. Oleh sebab itu Anda sudah membaca sampai ke tahap ini. Teruskan pembacaan, pasti Anda menemui sesuatu di hujungnya.
Dari Mana Datang Idea?
Idea? Dari mana datangnya idea? Apabila menyebut idea, ia datang dari anggota badan paling utama dalam diri iaitu otak. Adakah Anda mempunyai otak? Jika Anda mampu membaca pernyataan ini maka memang Anda ada otak.
Apabila ada otak pasti ada idea. Idea datang dari persekitaran, dari pergaulan, dari percakapan, dari pendidikan, dari kajian, dari pembacaan. Saya yakin dan pasti Anda ada semua itu. Jadi tidak mungkin Anda tidak ada idea.
Cuma yang diperlukan adalah kaedah menjana idea dan menuliskannya. Bagaimana? Ini akan diterangkan di bawah.
|
Idea Pembuat Sukatan Pelajaran Dicuri?
Gosip besar bertiup kencang tidak berapa lama dahulu. Pada ketika itu sukatan pelajaran baru digubal oleh kerajaan bagi pengajaran mata pelajaran untuk pendidikan guru di Malaysia.
Satu kumpulan tenaga pengajar di kalangan cerdik pandai dalam bidang itu dikumpulkan dan diminta oleh kerajaan bagi membuat sukatan pelajaran untuk diajar di institusi melatih bidang perguruan.
Selepas beberapa lama, sukatan tersebut siap dihasilkan dan dipersetujui selepas dibentangkan di kementerian. Ia menjadi asas kepada pengajaran perguruan di Malaysia.
Apa yang berlaku, ada seorang individu yang tidak terlibat dalam gerak kerja itu. Beliau mengambil peluang dengan mengambil semua senarai subjek penting dalam sukatan pelajaran itu. Kemudian dituliskan semula ke dalam bentuk buku. Pada ketika itu, tidak ada seorang pun dari pembuat sukatan pelajaran bertindak melakukannya.
Apa yang menarik daripada gosip ini. Buku karangan individu ini menjadi rujukan utama subjek perguruan terutamanya subjek wajib. Bukunya sudah dicetak berulang kali, sehingga sekarang sudah melebihi 12 edisi dan setiap edisi tercetak melebihi 14 kali. Kita cuba buat congak kasar terhadap pendapatan hasil dari buku ini. Bagi subjek perguruan saya yakin setiap cetakan berjumlah lebih dari 5,000 naskhah.
Kita ambil 5,000 naskhah sebagai asas kiraan.
15 edisi X 14 kali ulang cetak X 5,000 naskhah = 1,050,000 naskhah
Jika kita meletakkan anggapan setiap naskhah beliau memperoleh royalti RM1 (dikatakan pengarang ini membuka syarikat penerbitan sendiri. Syarikat itu yang mengedarkan buku itu, pendapatannya tentu melebihi dari apa yang kita kira di sini)
RM 1 X 1,050,000 naskhah RM1,050,000!!!
Banyak ataupun tidak?
BANYAK!!!!
Pada pandangan saya, beliau tidak salah dalam mengambil bahan tersebut untuk diterbitkan. Apabila kita meneliti Akta Hak Cipta, dinyatakan bahawa idea tidak ada hak cipta. Hak cipta diberikan kepada orang yang menzahirkan idea kepada bentuk penulisan.
Jika benarlah ia berlaku. Cuba bayangkan bahan-bahan yang berada di tangan kita sebagai pensyarah IPT, pembuat sukatan pelajaran baru, pemilik bahan motivasi dan lain-lain diambil oleh orang lain dibukukan dan diterbitkan oleh orang. Siapa rugi? Kita dan keluarga kita juga yang rugi.
Benarkah Boleh Buat Duit dengan Menulis?
Ini satu soalan cepu emas. Adakah benar boleh buat duit dengan menulis? Kita ambil satu situasi.
Untuk pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera. Berapakah pulangannya setiap tahun? 8%? 9%? 10%?
Kita ambillah 10% (walaupun saya tak pernah mendapat pulangan banyak itu lagi selama melabur)
Jika kita mahukan pulangan RM 1,000 perlu ada pelaburan RM 10,000
Jika mahukan pulangan RM 5,000 perlu ada pelaburan RM 50,000
Jika mahukan RM 10,000 perlu ada RM 100,000
Percaya ataupun tidak? Para penulis bestseller yang memberikan testimonial di atas. Mereka mendapat pendapatan 5 angka tanpa satu sen wang dilaburkan. Mereka melabur kepada minda, masa dan penulisan sahaja.
Bengkel yang luar biasa dari orang yang luar biasa! – Bapak Bambang Trimansyah Menulis buku adalah suatu gerak kerja dan aktiviti para pejuang. Mereka yang berminat dan serius mempelajari bagaimana untuk menulis adalah mereka yang berminda pejuang. Saya amat bersemangat apabila mendapat tahu sahabat penerbit saya, saudara Fauzul Na’im, mahu menganjurkan seminar penulisan buku di Malaysia. Seminar yang menolak dan menafikan pemikiran konvensional bahawa menulis buku itu sulit dan tidak menghasilkan wang. Saya kuat mencadangkan semua rakyat Malaysia khususnya dan nusantara amnya bagi menyertai seminar ini sebagai jalan untuk menjadi pejuang ilmu pengetahuan. Tebarkan benih buku, semaikan kearifan buku. Selamat berjaya untuk Saudara Fauzul Na’im! Bengkel yang luar biasa dari orang yang luar biasa! ~Bapak Bambang Trimansyah Naib Presiden Penerbit Salamadani, Indonesia. Seorang pengarang prolifik yang menghasilkan banyak karya bestseller di Indonesia. Pengasas Forum Editor Indonesia

Adakah Benar Orang Malaysia Tidak Membaca?
Orang Malaysia hanya membaca buku satu muka surat satu tahun
Orang Malaysia hanya membaca dua muka surat satu tahun
Orang Malaysia membaca dua buku satu tahun
Ini adalah maklumat yang sudah lapuk dan sering diperkatakan oleh ramai orang. Benar ataupun tidak, Anda boleh baca penemuan-penemuan penting mengenai mitos ini di laman web saya di www.fauzulnaim.com.my.
Apa yang saya minat hendak berkongsi dengan Anda adalah hasil pengalaman saya mengendalikan jawatankuasa kecil publisiti & promosi bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007, 2008, 2009 & 2010.
Bilangan pengunjung PBAKL adalah 1.7 juta orang pada 2007, lebih beratus ribu dari tahun sebelumnya (2006). Kemudian pada tahun 2008, catatan rasmi adalah 2.2 juta pengunjung. Peningkatan yang cukup signifikan.
Jualan gerai PTS juga amat baik di sana. Jualan pada tahun 2007 sekitar RM100 ribu meningkat kepada RM200 ribu pada tahun 2008 dan RM500 pada tahun 2009. Tahun 2010 lebih menarik, jualan buku kami mencecah angka RM625 ribu. Ini untuk jualan tunai, tidak termasuk pembelian badan kerajaan lagi.
Data-data ini menunjukkan bahawa minat membaca orang Malaysia meningkat dengan pesat. Ini tidak ditambah dengan kemasukan kedai-kedai buku antarabangsa ke Malaysia yang membuka cawangan di sini. Pertambahan kedai buku berantai dan kedai buku persendirian yang bercambah terutamanya di daerah-daerah kecil dan besar. Siapa mahu melabur dalam industri yang gelap dan malap?
Segala penemuan di atas menunjukkan bahawa dunia buku sebenarnya terang-benderang. Namun begitu ia memerlukan orang seperti Anda yang mempunyai pengetahuan. Pengetahuan yang ada itu amat diperlukan oleh para pembaca. Tanpa Anda, tentu ada satu lagi ilmu hanya tersembunyi dalam otak manusia.
Apabila ingin jadikan karya terlaris saudara Fauzul Na’im adalah individu paling layak menerangkannya – Saudara Ahmad Fadzli Yusof Saya berpandangan saudara Fauzul Na’im adalah individu paling layak menerangkannya. Beliau Anda patut temui. Bengkel Penulis Super adalah seminar satu hari yang cukup komprehensif. Anda boleh mempelajari semua perkara mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku di dalamnya. Anda perlu sertai dan pastinya Anda tidak akan menyesal menghadirinya. ~ Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof
Apabila kita hendak belajar menulis, ingin mengetahui bagaimana membina judul penulisan yang baik dan menarik. Mengetahui apakah buku yang boleh laris,bagaimana hendak menulis buku yang laris dan boleh jadi bestseller. Apakah idea penulisan yang baik, pasaran penerbitan dan bagaimana hendak menerbitkan buku?
Pakar motivasi kejayaan
Mengambil bidang undang-undang dan sekarang dalam proses pembelajaran di peringkat Doktor Falsafah dalam pembangunan insan. Pengarang Kumpulan PTS paling prolifik. Menghasilkan 28 buah buku dalam masa 4 tahun. Antara yang menjadi top 10 MPH berminggu-minggu adalah 55 Petua Orang Berjaya dan Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah. Menerima royalti 5 angka setiap tahun sejak tahun 2006
Dunia Buku Kalis gawat? Benarkah?
Tahun 2009 sudah diramalkan awal akan menjadi tahun penguncupan ekonomi. Ia kesan daripada kegawatan ekonomi dunia hinggakan pada akhir tahun 2008 banyak orang hilang pekerjaan. Suasana di Malaysia, kilang-kilang elektronik di negeri-negeri sebelah utara tanahair banyak yang tutup. Ini menyebabkan kira-kira 30,000 orang hilang pekerjaan.
Dunia perbukuan dikatakan akan terkena tempiasan ini. Kegawatan ekonomi ini dikatakan menyebabkan ramai orang tidak akan masuk ke pusat-pusat membeli belah kerana mahu menyimpan duit. Kebanyakan kedai-kedai buku besar di Lembah Kelang terletak di dalam pusat-pusat membeli belah ini. Turut menyesakkan lagi pada ketika itu adalah penularan wabah H1N1 yang berbahaya terutamanya kepada golongan tua, kanak-kanak dan lemah antibodi.
Kesan daripada ini, Kumpulan PTS sudah lebih awal memetik ‘butang siren’ tanda memasuki zon gawat. Ia berlaku sekitar bulan November tahun 2008. Semua pekerja diminta untuk berjimat cermat dan bersedia apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku disebabkan krisis ekonomi ini. Kami pada ketika itu menjangkakan jualan buku akan jatuh teruk.
Namun yang menariknya apa yang berlaku sebaliknya. 3 bulan awal tahun 2009 adalah saat yang dikatakan kritikal kepada kami. Ia adalah penentu kepada keberlangsungan pengembangan syarikat. Alhamdulillah 3 bulan itu, jualan buku naik. Naik dalam keadaan yang cukup memberangsangkan. Sepanjang tahun 2009, kami berjaya mencapai sasaran jualan pada setiap suku tahun. Ini suatu perkara yang cukup baik untuk semua pengarang dan bakal pengarang. DUNIA BUKU KALIS GAWAT! Ia bukan sahaja berlaku kepada syarikat Kumpulan PTS. Malah di syarikat-syarikat penerbitan buku lain juga begitu.
|
Adakah Benar Penerbit Menipu?
Dalam satu majlis di ibu kota Kuala Lumpur, saya bertemu dengan seorang tokoh agama terkenal. Apabila disebut namanya pasti orang tahu siapa dirinya. Dalam pertemuan tersebut saya berkesempatan berdiskusi panjang sebab saya duduk bersebelahan dengan beliau dalam majlis tersebut. Antara yang dibincangkan adalah penerbitan buku (orang buku, jumpa sesiapa pun bab buku mana boleh tinggal).
“Tuan, saya sudah lama mengikuti siri ceramah Tuan di televisyen, di forum perdana, di radio. Adakah Tuan menulis buku? Saya tidak pernah melihat buku tulisan Tuan di rak buku kedai”, tanya saya kepada beliau.
Beliau tersenyum. “Saya ada beberapa buku yang ditulis dan pernah diterbitkan oleh beberapa penerbit, ada dalam bidang kekeluargaan, bidang agama dan beberapa lagi. Namun begitu saya agak kecewa. Saya ke Singapura, ke Brunei, ke Sabah, ke Sarawak buku tersebut memang ada di rak kedai. Namun begitu sehingga sekarang, saya hanya mendapat sekali sahaja bayaran, selepas itu tidak ada lagi”
“Saya sudah tidak percaya kepada mana-mana penerbit kecuali satu” ujar beliau dengan menyebut satu nama penerbit milik kerajaan.
Situasi ini bukanlah situasi ganjil. Saya mengendalikan lebih daripada 90 buah bengkel dan berpuluh program ceramah penerbitan kepada lebih daripada 1,000 orang penulis dan bakal penulis. Saya mendengar pelbagai kes sebegini dari mulut kebanyakan pengarang.
Adakah benar penerbit yang menipu ataupun sebenarnya penulis tersebut yang tertipu? Banyak lagi kes sebegini ditemui dan ia berterusan. Bagaimana hendak memastikan karya Anda tidak berlaku pelanggaran hak seperti ini? Ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk melindungi hak pada karya Anda?
Teruskan pembacaan, Anda akan mengetahui apa yang tidak akan diceritakan oleh penerbit lain di Malaysia.
Mengapa Susah Karya Saya Hendak Diterima oleh Penerbit?
Apabila menyebut JK Rowling, secara automatik mentol menyala! Harry Potter. Ini adalah dua nama yang tidak boleh diasingkan lagi.
Tahukah Anda?
Betapa susahnya beliau hendak mengirimkan naskhah Harry Potter kepada penerbit. Seorang ibu tunggal yang membesarkan seorang anak. Hidup yang susah hingga untuk membeli sebuah mesin taip pun tidak mampu.
Beliau menghantar manuskripnya kepada agen pertama tetapi ditolaknya. Hantar kepada agen kedua, diterima. Namun begitu agen tersebut pula ditolak penerbit. Hingga akhirnya selepas 1 tahun. Barulah naskhah diterima untuk diterbitkan.
Sekarang ia sudah menjadi satu legenda. Legenda penulis buku paling berjaya dalam dunia. Jualannya mencecah nilai berbilion pound sterling.
Ini situasi dihadapi pengarang terkenal di Eropah. Situasi sukar mengirimkan manuskrip ini bukan sahaja berlaku di sana. Di Malaysia banyak pengarang yang mengeluh mengenai perkara ini.
Ada seorang penulis yang menceritakan masalah yang dihadapi beliau. Beliau sudah mengirimkan beberapa kali manuskrip beliau kepada beberapa penerbit. Penerbit pertama tidak memberikan sebarang maklum balas. Penerbit kedua mengucapkan maaf kerana manuskrip tidak sesuai diterbitkan mereka. Penerbit ketiga pula ingin membeli manuskrip dan tidak mahu memberikan royalti kerana pada pandangan mereka ia sukar hendak dijual.
Berdasarkan pengalaman saya menjadi penerbit, ada banyak sebab mengapa para penerbit menolak sesebuah manuskrip yang dikirimkan kepada mereka. Saya sendiri, menerima beratus manuskrip dalam satu bulan.
Setiap hari berpuluh yang datang melalui kiriman pos, kiriman e-mel, panggilan telefon, faks (jangan terkejut, saya pernah menerima manuskrip melaluinya) dan sebagainya.
Apakah yang membolehkan sesebuah manuskrip mudah diterima oleh penerbit? Ada caranya. Ada cara yang menyebabkan apabila penerbit atau editor melihat serta mengimbas manuskrip Anda, mereka tentu tidak akan melepaskannya dari tangan. Bagaimana? Teruskan pembacaan Anda.
Transformasi Idea & Penulisan Global
Tahukah Anda? Idea untuk membuat penyedut minuman (straw) yang boleh dibengkokkan itu nilainya jutaan ringgit. Idea kelihatan mudah, rasanya semua orang berkata. Alahai! Idea begitu aku pun boleh buat. Tapi mengapakah Anda tidak lakukan?
Itu yang saya ingin katakan kepada Anda. Idea adalah aset yang cukup besar. Ia hanya menjadi besar apabila diterjemahkan kepada medium lain.
Idea hebat tetapi disimpan ke dalam otak hanya tinggal idea. Cuba Anda bayangkan Bill Gates, seorang genius komputer. Jika beliau hanya menyimpan idea komputernya, adakah beliau akan berada di tahap beliau sekarang?
Tentu tidak. Beliau menjadi seorang multibillionair kerana beliau percaya bahawa idea boleh membuat sesuatu. Boleh diterjemahkan dalam bentuk lain. Bentuk yang memecah pasaran global.
Adakah Anda mahu simpan sahaja idea Anda dalam otak? Adakah Anda mahu idea atau bahan ilmu Anda dicuri sebagaimana situasi yang saya ceritakan di atas? Jika saya berada di pihak sebelah pembuat silibus itu tentu saya hantukkan kepala kepada dinding. Mengapa aku tidak tulis semula silibus yang aku buat ini ke dalam bentuk buku?
Saya sibuk! Saya tidak ada masa! Tunggu dahulu! Bagaimana jika saya ajarkan Anda satu teknik menulis yang sesuai untuk orang sibuk? Apabila Anda hadamkan dan aplikasikan teknik ini. Anda boleh menulis walaupun Anda dalam keadaan separa tidur. Ingin tahu? Teruskan lagi pembacaan.
Penubuhan Akademi Penulis
Berada dalam industri buku selama 10 tahun adalah perjalanan yang cukup menarik. Walaupun pada mulanya saya agak skeptikal disebabkan saya ini bukanlah seorang graduan dalam bidang penerbitan. Namun begitu selepas melalui segala onak duri penerbitan buku Malaysia, ia menjadi sesuatu yang amat menarik.
Dalam tempoh 10 tahun saya sudah mengendalikan lebih daripada 110 bengkel penulisan. Kebanyakan bengkel ini adalah anjuran organisasi IPTA, IPTS, NGO dan ada juga jabatan kerajaan.
Ramai yang bertanya mengapakah saya tidak buat secara terbuka (bengkel atau seminar menulis) dan lebih tersusun. Apabila begitu lebih ramai yang boleh mendapat manfaatnya. Saya mendapat tahu beberapa pihak sudah menjalankannya. Namun begitu kebanyakan mereka adalah pensyarah pusat pengajian tinggi dan ada juga pengarang yang menganjurkannya.
Walau bagaimanapun saya terpanggil apabila melihat tidak ada orang industri yang tampil untuk melakukannya. Satu lagi saya melihat ramai yang berminat untuk menulis tetapi tidak tahu ilmu kepengarangan. Ramai pengarang terjun begitu sahaja, dan yang lagi sedih ramai terkorban (hilang selepas terbit satu dua karya)
Atas sebab itulah saya mewujudkan Akademi Penulis Sdn. Bhd. ini.
|
Bengkel Penulis Super : Langkah Seribu Penulis Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller
Dalam tempoh 10 tahun ini, berdasarkan pengalaman dan maklumat terkumpul. Pengalaman mengendalikan bengkel penulisan, pengalaman berinteraksi dengan pelbagai golongan penulis, pengalaman berdiskusi dengan pekedai dan pemain dalam industri buku.
Daripada itu, saya mengeluarkan satu gagasan iaitu FORMULA PENULIS SUPER. Formula ini sudah diaplikasikan oleh ramai pengarang bestseller dari luar negara dan dalam Malaysia. Cuma mereka tidak menamakannya. Formula ini jugalah yang menjadikan syarikat Kumpulan PTS berkembang maju dalam pasaran Malaysia.
Formula ini boleh dibahagikan kepada beberapa asas. Asas-asas ini dikendalikan dengan baik oleh para penulis bestseller :
- Motivasi penulisan
- Hak cipta dan penulis
- Memilih topik sesuai dengan diri
- Teknik menulis
- Teknik Adaptasi
- Teknik pemasaran dan promosi tradisional & terkini
Kesemua ini saya gabungkan dan dicurahkan ke dalam bengkel 3 hari 2 malam, Bengkel Penulis Super : Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller
~ Saudara Firdaus Abdul Aziz
“Saya memang berasa sangat berpuas hati dengan teknik-teknik dan seni penulisan yang di ajar. Dalam masa yang sama, boleh menjana pendapatan sampingan melalui penulisan buku. Saya amat menggalakkan agar lebih ramai yang menyertai bengkel seperti ini.”
Pereka Grafik Dot To Dot Digital Image Sdn. Bhd.
~ Encik Azmil Abrar
“Sebelum ini saya merasakan penulisan buku ini adalah sesuatu yang sukar dan hanya boleh dilakukan oleh segelintir orang sahaja. Tetapi, seminar ini mengubah persepsi tersebut. Menulis sememangnya mudah! Antara mahu ataupun tidak sahaja!”
Pegawai Tadbir Diplomatik NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW)
Saya tidak punya kelulusan akademik dalam bidang penulisan walau apa pun genrenya. Saya memang minat menulis dan selalu menulis untuk dakwah. Namun minat sahaja tidak cukup untuk menjadi penulis yang baik. Minat ini membawa saya menghadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Saudara Fauzul beberapa tahun lalu. Apabila saya menghadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Saudara Fauzul saya mendapat banyak ilmu baru dan teknik penulisan terkini. Pertama kali saya mendengar kaedah KJ metode, yang membolehkan seseorang menjadi penulis yang produktif. Sesi ‘motivasi penulisan’ yang dikendalikan itu juga menyuntik satu semangat baru dan memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis dengan lebih berdisiplin.” ~ Ir Endok Sempo Mohd Tahir
“Saya bukan penulis profesional. Kata orang jurutera hanya pandai bermain dengan angka dan perkara logik sahaja. Oleh itu tidak boleh menulis dengan emosi, tidak boleh menjadi penulis.
Jurutera Perunding Prinsipal (electrical), Esha Engineering Consultant
Penulis buku bestseller, Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung. Sudah menulis dua buah buku dan diterbitkan oleh PTS
~ Puan Farrah Dina Yusop
“Bengkel penulisan kendalian En. Fauzul Naim bukan sahaja memperkenalkan teknik-teknik penulisan yang ringkas dan mudah diamalkan, malah mendedahkan saya kepada dunia penulisan komersil yang berlainan daripada dunia penulisan genre akademik yang merangkumi isu berkaitan undang-undang penerbitan, tanggungjawab penulis dan penerbit serta strategi pemasaran produk yang diamalkan penerbit.”
Pensyarah di Universiti Malaya dan pengarang bersama buku Mendidik anak Genius
Kita alihkan minda Anda, tentu Anda berasa ada sesuatu yang menyebabkan individu di atas memberikan pelbagai testimonial. Memberikan input kejayaan mereka dalam dunia penulisan. Ada yang berjaya menjadi terkenal hasil dari penulisan dan dijemput berceramah di merata tempat selepas mula menulis.
Ada yang memperoleh pendapatan 5 angka setiap tahun dan jangkaan saya ada yang bakal mendapat 6 angka dalam tahun mendatang. Sebenarnya sudah ada pengarang lain yang mendapat angka tersebut.
Dalam penjelajahan dunia buku ini saya melihat bahawa ramai yang berpotensi menjadi pengarang tetapi tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Mempunyai bahan tetapi kurang pendedahan kaedahnya. Ada pengarang sudah berkarya tetapi tidak tahu melindungi haknya.
Dalam satu forum tempoh hari di sebuah institusi pengajian tinggi awam di selatan tanah air. Saya dijemput menjadi ahli panel bersama beberapa rakan penerbit bagi membincangkan isu tabiat membaca di Malaysia. Saya ditanya satu soalan cepu emas, apakah karya yang boleh dijual pada masa sekarang?
Pada pandangan saya, semua karya dalam apa bidang sekalipun boleh menjadi buku yang laris. Bidang perguruan, bidang pembangunan diri, bidang bisnes, bidang IT, bidang kekeluargaan, buku akademik dan banyak lagi. Kesemuanya mempunyai potensi bagi ditampilkan ke dalam pasaran dalam bentuk penulisan. Sama ada fiksyen dan bukan fiksyen, semua mampu laris dalam pasaran.
Pengalaman saya di syarikat penerbitan, saya melihat satu demi satu karya terbitan syarikat saya keluar dari stor dan berada di rak-rak buku kedai. Ada antaranya dalam bidang yang saya sebutkan di atas. Lagi menarik, ada di antara karya-karya itu diletakkan di rak top 10 kedai buku berantai terbesar di Malaysia.
Apa yang lebih menarik! Apabila memasuki bulan Jun di atas meja saya bertimbun surat pengiriman royalti yang perlu ditandatangani sebelum dikirimkan kepada para pengarang. Ada yang dua digit (puluh ringgit), ada yang tiga digit (ratus ringgit), ada yang empat digit (ribu ringgit) dan yang membuka mata apabila melihat penerima enam digit (ratus ribu ringgit).
Semuanya tidak mustahil, Cuma apa yang perlu dilakukan adalah mengetahui caranya. Untuk itu saya ingin menawarkan kepada Anda satu program pembangunan penulis. Program yang saya yakin dan percaya, sesiapa memilih untuk berada dalam program ini, mereka bakal keluar sebagai penulis bestseller Malaysia.
|
Pengisian 3 Hari 2 Malam Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller
Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman
Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda
Anatomi Buku
Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala
Menjana Kreativiti Penulisan
Teknik Menulis KJ Metode Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun
Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal
Menstruktur dan Menyunting Konsep Buku
Pemasaran Tradisional & Non Tradisional Bahan Bertulis
Kaedah edaran awam
Dari Mana Datangnya Wang Dalam Penulisan
Tempat terhad kepada
13 16 orang peserta
|
|
|
Bengkel di atas adalah aplikasi pengalaman saya bersama para pengarang dan ia terbukti berkesan. Mungkin ada orang yang cuba membandingkan pengisiannya dengan beberapa bengkel anjuran organisasi lain. Apa yang saya boleh katakan ini adalah bengkel dikendalikan individu yang sudah lama berkecimpung secara serius dalam industri ini.
Merasai susah senang menguruskan bisnes penerbitan buku. Ia amat berbeza dengan teori-teori pakar yang berada di institusi pengajian tinggi. Mereka ini tidak dinafikan tahu mengenai banyak perkara terutamanya sains penerbitan. Namun begitu apabila ditanya kepada mereka sama ada sanggup berhenti kerja dari menara gading dan terjun dalam bisnes ini secara sepenuh masa. Belum tentu mereka mahu melakukannya.
Segala pengisian di atas ini juga yang berjaya melahirkan para penulis bestseller dengan jualan buku yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, apabila Anda membuat keputusan sekarang ada beberapa bonus tambahan yang disediakan khusus buat Anda. Bonus ini tidak mungkin Anda peroleh di mana-mana kursus lain.
|
Latihan peribadi terus dari Jurulatih Utama Akademi Penulis sehingga terbit karya pertama (NILAI RM Tidak terhingga nilainya)
Khidmat nasihat dan latihan peribadi secara terus dari saya. Saya memberikan komitmen kepada Anda untuk memberikan latihan peribadi sehingga Anda berjaya menulis dan menyelesaikan karya pertama. Tidak cukup dengan itu saya akan memberikan khidmat nasihat sehingga karya tersebut dapat diterbitkan. Selalunya bagi tujuan sebegini saya memberikan khidmat nasihat pada kadar RM 300 sejam. Namun begitu melalui bengkel ini, Anda mendapat khidmat nasihat tersebut secara percuma. INI HANYA UNTUK PESERTA BENGKEL SAHAJA. Satu lagi yang lebih menarik adalah saya juga seorang penerbit buku. Jika Anda ingin berkarya dan menerbitkan karya, Anda terus dapat bertemu secara langsung dengan seorang penerbit buku. Kumpulan PTS diiktiraf sebagai penerbit buku paling agresif di Malaysia. Dengan kekuatan pasukan 93 orang (akan bertambah lagi), pasukan editorial 36 orang, penerbitan judul baru sebanyak 30 buah buku baru sebulan (dijangka akan naik hingga 45 buah buku baru sebulan) dan pasukan pemasaran paling agresif dalam sejarah penerbitan Malaysia menjadikan Anda orang yang bertuah dapat menerbitkan karya dengan kami. |
|
Diskaun sebanyak 10% bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Book Pro Publishing Services selama 2 tahun. (RM 800.00)
Book Pro Publishing Services adalah anak syarikat Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) yang menyediakan perkhidmatan penerbitan bagi mana-mana organisasi ataupun individu berminat menerbitkan karya. Pihak Book Pro menyediakan perkhidmatan suntingan, susun atur huruf, kulit buku hinggalah kepada cetakan. Pakej ini amat sesuai bagi mana-mana pihak yang ingin menerbitkan karya sendiri. Pihak Book Pro memberikan jaminan harga perkhidmatan kami adalah yang paling rendah dalam pasaran. Jika ada pihak lain memberikan harga lebih baik, pihak kami pasti boleh berikan yang lebih lebih baik. Boleh layari laman web www.penerbitbuku.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami. Selalunya sebut harga lengkap tidak kurang dari RM 8,000. Jika dikira 10% penjimatan adalah sebanyak RM 800. |
|
Diskaun minimum sebanyak 15% bagi semua pembelian buku di e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda selama 2 tahun (Tidak ternilai harganya)
e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda adalah kedai buku online milik FNSB. Ia diuruskan oleh anak syarikat kami The Next Store. Anda boleh mengaksesnya di www.e-kedai.net. Pihak e-Kedai.net memberikan akses kepada lebih dari 1,000 judul buku daripada pelbagai penerbit terkenal dan berkualiti tinggi. Antaranya Kumpulan PTS, Alaf 21 Sdn Bhd, Al-Ameen, Telaga Biru, Jemari Seni, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia dan ramai lagi. Diskaun paling rendah diberikan adalah 10%. Maka ini faedah yang tidak diperoleh oleh orang lain. Hanya Anda sahaja mendapat kelebihan ini. |
|
Perjumpaan Tahunan Ahli Kehormat Akademi Penulis setahun sekali (PERCUMA)
Perjumpaan tahunan diadakan bagi mengadakan sesi bertukar-tukar pandangan di antara ahli yang baru dan lama. Di samping itu juga mana-mana ahli yang sudah berjaya akan memberikan input kepada ahli lain. Pihak Akademi Penulis juga menjemput tokoh-tokoh terkenal bagi berkongsi pengalaman mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku tanah air dan Nusantara. Input ini adalah tidak ternilai harganya. Pada hari ini apabila mendaftar diri, Anda akan mendapat peluang menghadirinya secara percuma. Anda hanya perlu membayar kos untuk hotel dan makan minum sahaja. Yang lain akan ditanggung oleh Akademi Penulis. Kami akan adakan pertemuan ALUMNI PERTAMA AKADEMI PENULIS pada Disember 2010. Jadilah sebahagian daripada ahli kumpulan penulis ini. |
Berapa yang Anda sanggup bayar untuk semua kelebihan di atas? Mari kita buat kiraan kasar dan lihat berapakah jumlahnya bagi memperoleh kelebihan ini. Kelebihan yang tidak akan Anda dapati di tempat lain.
Pengisian modul Formula Rahsia Penulis RM 3,500 X 3 = RM10,500.00 BONUS NO. 1: Khidmat Nasihat Peribadi sehingga siap dan terbit karya pertama. Tidak ternilai harganya BONUS NO. 2 : Diskaun sebanyak 10% bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Book Pro RM 800.00 BONUS NO. 3 : Diskaun minimum sebanyak 15% bagi semua pembelian buku di e-Kedai.net : Tidak ternilai harganya BONUS NO. 4 : Akses selama 2 tahun ke Ruangan Eksklusif Mentor Penulis Bestseller di Akademi Penulis RM 200.00 BONUS NO. 5 : Perjumpaan Tahunan Ahli Kehormat Akademi Penulis setahun sekali (PERCUMA) Tidak ternilai harganya NILAI YANG DIPEROLEH RM 10,500 + Tidak
<tbody>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Dunia Penulisan & Penerbitan :
Motivasi & Pengalaman</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku</li>
<li>Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku</li>
<li>5P : Formula Penulis Super</li>
<li>Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri</li>
<li>Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia</li>
<li>Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre
penulisan Anda</li>
<li>Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan
penulisan Anda</li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Pengarang & Undang-undang : Kenali
Hak Anda</strong><strong> </strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan</li>
<li>Undang-undang Libel : Berhati-hati dalam penulisan</li>
<li>Creative Common License : Teori & aplikasi</li>
<li>Hak Pengarang :</li>
<ul>
<li>Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu</li>
<li>Bagaimana membuktikan hak cipta</li>
<li>Bagaimana membuat pendakwaan</li>
</ul>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Anatomi Buku</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Apakah itu buku, rencana dan artikel? </li>
<li>Spesifikasi buku </li>
<li>Kulit depan, tajuk, blurb, half title, prakata, senarai
isi,
bab-bab, bibliografi, indeks, kulit belakang, tetulang buku, ISBN, CIP
dan proses pra cetak</li>
<li>Tanda baca, perkataan Latin dsb.</li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Pelan Operasi Penulisan : Permulaan
Penentu Segala</strong><strong> </strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan</li>
<li>Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit</li>
<li>Merangka perancangan penulisan</li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Menjana Kreativiti Penulisan</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Apakah kreatif dan bagaimana menjana kreativiti</li>
<li>Teknik penjanaan idea</li>
<li><em>Writer’s Block</em> : Keluar dari kekangan minda </li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Teknik Menulis KJ Metode Efektif dan
Efisien : Tulis, Rakam & Susun</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk</li>
<li>Menghasilkan jalan cerita (<em>storyline</em>)</li>
<li>Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami</li>
<li>Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat</li>
<li>Membina perenggan, bahagian bab dan bab</li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya
orang lain</li>
<li>Beza antara terjemah dan adaptasi</li>
<li>Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita</li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Menstruktur dan Menyunting Konsep Buku</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Warna dan warni dalam buku</li>
<li>Graf Edisi melawan versi dalam penulisan buku</li>
<li>Apa yang boleh dan tidak dalam penulisan buku</li>
<li>Indeks kebolehbacaan dan cara mengurangkannya</li>
<li>Tatabahasa & kesalahan yang selalu ditemui di dalam
penulisan buku </li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Pemasaran Tradisional & Non
Tradisional Bahan Bertulis</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>Kaedah Pemasaran Tradisional</li>
<ul>
<li>Aktiviti dalam kedai</li>
<li>Aktiviti di tempat awam</li>
<li>Kaedah edaran awam</li>
</ul>
<li>Kaedah Pemasaran Non Tradisional</li>
<ul>
<li>Pemasaran blog</li>
<li>Pemasaran nota jualan</li>
</ul>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<p align=”justify”><strong>Dari Mana Datangnya Wang Dalam
Penulisan</strong></p>
</td>
</tr>
<tr>
<td class=”style1″ valign=”top” width=”638″>
<div align=”justify”>
<ul>
<li>3 sumber wang dalam dunia penulisan</li>
<li>Membina diri sebagai penulis berkredibiliti</li>
<li>Dari Malaysia ke antarabangsa</li>
<li>Bagaimana hendak memasarkan buku kepada umum</li>
</ul>
</div>
</td>
</tr>
</tbody>
</table>
NILAIAN BONUS YANG ANDA PEROLEH
Bestseller
(Bayaran perundingan ataupun jemputan ceramah saya minimum RM 300 sejam. Ini adalah peluang seumur hidup)
Publishing Services selama 2 tahun.
Kedai Buku Online Anda selama 2 tahun (RM 300)
PARA PESERTA
ternilai harganya + RM 800.00 + Tidak ternilai harganya + RM 200.00 =
Tidak ternilai harganya
Hari ini, bagi keseluruhan faedah di atas. Anda hanya perlu membayar
RM1,200.00 (Yuran bengkel sebelum ini)
RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) SAHAJA
Sebenarnya saya bukanlah hendak menjual bengkel penulisan ini untuk kelangsungan hidup saya. Apa yang dilakukan di sini adalah memberikan satu peluang kepada Anda. Satu peluang yang akan diperoleh jika Anda bertindak. Apa gunanya Anda menghadiri bengkel penulisan ini tetapi tidak mendapat sebarang kesan kepadanya.
|
Dan ada yang lebih baik. Apabila Anda bertindak sekarang. Saya sedia memberikan satu tempat dalam seminar ini khusus untuk Anda dengan harga yang lebih rendah. Anda boleh menghadirinya dengan
HANYA RM950.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Lima Puluh) SAHAJA
| TARIKH | TEMPAT | JURULATIH | STATUS |
| 29 hingga 31 Januari 2010 | Hotel Vistana Kuala Lumpur | Fauzul Na’im Ishak & Zamri Mohamad | Tamat |
| 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 | Pusat Latihan Akademi Penulis, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur | Fauzul Na’im Ishak & Zamri Mohamad | Tamat |
| 6 hingga 8 Ogos 2010 | Pusat Latihan Akademi Penulis, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur | Fauzul Na’im Ishak & Zamri Mohamad | Pendaftaran Dibuka Sekarang |
Saya boleh katakan masa berlalu dengan cukup pantas. Mungkin pada waktu lain tempat kosong untuk Anda sudah diisi. Saya yakin dan percaya bahawa Anda adalah orang yang cepat bertindak. Bertindak sekarang!
|
Antara pelanggan kami yang pernah menjemput kami mengendalikan bengkel serupa di tempat mereka :
- Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
- Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam
- Universiti Malaya
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
- Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia
- Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia
- Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Persatuan Penulis Kelantan
- Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia
- Angkatan Belia Islam Malaysia
- Dan ramai lagi
Pihak kami amat mengalu-alukan jika ada sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai program ini. Hubungi sahaja kami di alamat berikut :
Akademi Penulis Sdn. Bhd.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Ataupun menghubungi talian
(+6) 03 4149 2560
Ataupun hubungi terus En. Abdul Qahhar Mohd Noor di talian
(+6) 013 628 8614
ataupun e-melkan kepada
latihan@akademipenulis.com
ataupun SMSkan
FNINFO<ruang>PENULISSUPER<ruang>Nama, No. Kad Pengenalan & Emel
Hantarkan kepada 32886
Pihak kami menantikan panggilan Anda sekarang!
Untuk menghasilkan buku yang baik, berkualiti dan menarik sebenarnya tidak cukup dengan hanya mempunyai bakat untuk menulis. Apatah lagi jika anda ingin menjadikan sesuatu karya itu laris dan bestseller. Jika anda ingin mencapai kejayaan dalam apa jua yang anda lakukan dalam dunia ini, anda perlulah mempunyai ilmu yang mantap. Untuk mendapatkan ilmu tentang penulisan yang hebat saya rasa saudara Fauzul Na’im merupakan rujukan yang terbaik. Jika anda tidak belajar daripada yang pakar maka anda akan mengalami seperti situasi “Si buta, memimpin yang buta”. Pastikan sebelum bermula anda sudah mempunyai persiapan yang kukuh dari segi ilmu, mental dan fizikal agar segala rintangan yang anda hadapi tidak menjadi penghalang kepada anda! Anda perlu ingat bahawa “untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, anda perlu belajar daripada yang pakar.











“Saudara Fauzul amat menjiwai dunia penerbitan dan optimis dalam pemartabatan industri buku tanah air. Tip dan strategi beliau dalam penghasilan karya berkualiti serta bernilai komersial cukup berguna. Malah anda semakin bermotivasi untuk menulis dan menulis. Menghadiri seminar kendalian saudara Fauzul adalah suatu langkah bijak bagi mereka yang serius untuk cemerlang dalam kerjaya penulisan dan penerbitan. Lima bintang untuk saudara Fauzul!”